Total Pageviews

Friday, 26 December 2014

Ketahanan kek

Assalamualaikum... Kepada pelanggan² yang dihormati Dan dikasihi,selalunya soal pertama yang ditanya oleh pelanggan² sebelum membeli kek lapis Sarawak kami...berapa lama kek boleh tahan ?

INI jawapan yang kami berikan...kek lapis kami dibuat menggunakan bahan- bahan yang bermutu tinggi Dan berkualiti,biar kami untung sedikit saja,tapi pelanggan berpuas hati dengan mutu Dan servis yang kami berikan..kek lapis kami 100% mengunakan butter tidak mengunakan majerin..ketahan kek lapis kami boleh bertahan selama seminggu bila berada didalam suhu bilik....Dan jika disimpan didalam peti sejuk kek lapis kami boleh bertahan selama sebulan.

Kek lapis kami dijual dengan harga yang teramat murah dipasaran,sehingga Ada pelanggan Dan kawan- kawan tidak percaya dengan harga yang kami tawarkan ...sebenarnya kami membuat kek lapis untuk dinikmati seluruh warga negara,tanpa perlu pergi ke Borneo untuk mencari kek lapis.APA yang Cuba kami lakukan adalah untuk memberi kepuasan kepada pelanggan tanpa perlu memikirkan kos yang tinggi untuk menikmati kek lapis kebanggaan negeri Sarawak.

Kepada yang telah membeli Dan menikmati kek lapis kami ....terima kasih di ucapkan,Dan terima kasih sekali lagi kepada pelanggan yang selalu repeat order dengan kami.,kami juga sentiasa menjaga perhubungan dengan pelanggan² kami,agar kami dapat meningkatkan kualiti serta mutu kek lapis kami.

1 comment: